Terms and Conditions
Please read our terms carefully before booking.
1. Tempahan & Deposit
- Tempahan sah hanya selepas bayaran deposit RM50 diterima.
- Deposit tidak boleh dipulangkan sekiranya pelanggan gagal hadir.
- Tempahan akan terbatal jika deposit tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Bayaran Penuh
- Baki bayaran hendaklah dijelaskan selepas sesi selesai.
- Sesi tidak akan diserahkan softcopy atau hardcopy sebelum bayaran penuh diterima.
3. Keselamatan & Tanggungjawab Kanak-kanak
- Kanak-kanak mesti sentiasa berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga sepanjang sesi.
- Sebarang kerosakan peralatan, props, atau studio akibat tindakan kanak-kanak menjadi tanggungjawab ibu bapa.
4. Had Peserta & Sesi Berasingan (Extended Family)
- Maksimum peserta bagi satu sesi ialah 10–15 orang.
- Untuk keluarga besar atau sesi berasingan atau pecahan keluarga, pelanggan disarankan mengambil pakej alternatif (Pakej Kedua / Ketiga) kerana memerlukan masa penyusunan yang lebih.
5. Persediaan & Ketepatan Masa
- Semua peserta harus bersiap sepenuhnya (samping, songkok, tudung, aksesori) sebelum sesi bermula.
- Sesi akan dimulakan tepat pada masa; pelanggan yang lewat atau tidak bersedia mungkin dilangkau untuk memberi laluan kepada tempahan seterusnya.
6. Kebersihan & Props
- Sila bawa kasut atau selipar persalinan yang bersih untuk menjaga kebersihan studio.
- Props studio adalah eksklusif; sebarang kerosakan akibat penggunaan yang tidak berhati-hati adalah tanggungjawab pelanggan.
7. Penyerahan Softcopy
- Softcopy gambar diberikan dalam tempoh 24–48 jam melalui pautan Google Drive.
- Link sah selama 2 bulan sahaja. Pelanggan disarankan memuat turun salinan sendiri.
8. Hardcopy & Photo Frame
- Cetakan atau photo frame dijangka siap dalam tempoh 1–4 minggu selepas Hari Raya pertama, bergantung kepada kuantiti dan jenis pesanan.
9. Hak Penggunaan & Publikasi
- Studio berhak menggunakan gambar untuk portfolio, promosi, dan media sosial.
- Pelanggan yang tidak mahu gambar mereka digunakan dalam promosi, perlu memaklumkan sebelum sesi bermula.
10. Pembatalan & Penjadualan Semula
- Sebarang pembatalan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum sesi.
- Penjadualan semula bergantung kepada ketersediaan slot studio dan mungkin dikenakan caj tambahan.
11. Keadaan Kecemasan
- Studio tidak bertanggungjawab terhadap kecederaan kecil atau kejadian tidak dijangka sepanjang sesi.
- Pelanggan disarankan berhati-hati ketika menggunakan props, tangga, atau peralatan lighting.